Ahad, 22 Mac 2009

TOMAN TAMAN TERLARANG

Seperti Artikel Kembara Kail Bulan Januari 09.


Cukup Tegap & Bertanga Toman ini.

Melayan asakan sang toman semenangnya amat menyeronokkan apatah lagi bila berhadapan dengan tentangan luar biasanya. Maka tidak hairanlah bila kaki-kaki casting sentiasa menjadikan spesis Snakehead ini sebagai sasaran buruan utama. Namum walau secanggih dan semahal manapun gewang yang dibawa jika toman tak sudi membalum pastinya ianya amat menjemukan justeru sebagai alternative jangan segan-segan mengaplikasikan penggunaan sang keli sebagai gewang original pembuka selera naluri pembunuh sang toman.




Jika anda seorang ahli pancingan gewang, mungkin pernah berhadapan dengan situasi dimana gewang yang di sasarkan kepada ikan pemangsa meski pun lalu betul-betul depan mulut pemangsa namum riaksinya dia bikin dek aje pastinya boleh bikin panas. Saya tidak mahu menghuraikan kenapa sebabnya kerana masih baru dalam arena ini. Tapi saya ingin berkongsi sikit pengalaman bersama pembaca ketika berhadapan masalah yang sama sewaktu memancing bersama sekumpulan kaki mengilat dari Temerloh.



TOMAN 2 DIGIT



Apa yang dialami oleh sekumpulan kaki mengilat dari Pahang ini mungkin akan dicemburi oleh anda, sebuah taman rekasi awam menjadi medan kepada mereka melepaskan ketagihan bergasak dengan spesis “kepala ular” yang boleh dianggap mega dengan rekod tangkapan tak rasmi memcecah angka dua digit malah toman seberat 7 kg turut memjadi rekod kebanggaan peribadi saya.


rekod perbadi saya disini toman 7 kg

Sebuah Taman rekasi awam yang terletak dipinggir sebuah bandar di Negeri Tok Gajah ini (Lokasi sebenar dirahsiakan) sering menjadi tumpuan ramai bukan saja kerana parnoramanya yang indah mengijau ia juga merupakan salah satu lokasi persinggah Rehat dan Rawat (R&R) kepada pengguna jalan raya yang menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur menuju pantai timur melalui bandar Karak.

Apa yang lebih menarik tentang taman ini adalah kerana terdapat sebuah tasik semula jadi yang dihuni oleh perbagai spesis ikan air tawar antaranya seperti toman, kaloi, patin, jelawat dan sebarau namum saya lebih tertarik kepada gerombolan-gerombolan toman yang bergitu banyak memdiami tasik yang berkeluasan kira-kira 2 km persegi ini, hati sentiasa membuak-buak untuk cuba menduga toman-toman yang bergitu jinak bermain di depan mata.

Notis “larangan memancing” yang terpacak dihadapan pintu gerbang antara faktor yang menyebabkan penghuni tasik ini berjaya berkembang biak dengan selamat selain kesesuaian kualiti air serta rantaian sumber makanan yang sentiasa memenuhi selera besar sang toman disini. Namum aktiviti curi-curi pancing sukar dibendung pihak berkuasa tempatan sehingga ada antara mereka ini berjaya mendaratkan toman seberat lebih 13 kg itu antara berita yang menyebabkan kami tidak senang duduk dibuat.



Perkenalan saya dengan salah seorang kakitangan PBT di bandar ini telah membuka ruang dan harapan kepada kami untuk menggempur segenap penjuru Tasik Taman Riakasi ini, setelah beberapa kali memohon secara rasmi akhirnya melalui beliau kami diberi kebenaran terhad selama beberapa hari memancing disini dengan syarat utamanya mesti tangkap dan lepas kembali, syarat yang tidak menjadi masalah kerana ianya telah sekian lama menjadi amalan kami.


Meskipun waktu yang diperuntukan hanya 2 jam pada satu sesi ianya tidaklah mematahkan semanggat kami kerana ianya harus digunakan dengan sebijak mungkin agar tak berputih mata. Awal-awal lagi peralatan pancing berkekuatan sehingga 20 paun menjadi sandaran buat kaki-kaki casting dari pantai timur ini seperti saudara Chaw, Cikgu Seh , Daguz, Shukor Buang dan Giant

Tiba hari yang ditetapkan kami bergitu teruja tidak sabar-sabar untuk menuju medan pertempuran hingga ada diantara kami yang tidak sempat menukar pakaian pejabat, agak kelakar juga bila ada antaranya yang berbaju batik serta berpakian pejebat ketika memancing bergitulah bila dah kemaruk .Setiba di lokasi kelihatan toman-toman mulai galak dengan beberapa kali timbul di permukaan bagaikan menunggu ketibaan kami gewang-gewang yang di anggap killer buat sang toman menjadi taruhan turut dipertaruhan ikan keli hidup bersaiz kuali bujang sebagai umpan alternative kot-kot penggunaan gewang tidak menjadi nanti



Satu spot yang terdapat berapa tunggul mati menjadi sasaran gewang kami kelihatan berapa ekor toman cuba menggejar gewang kami namum ketika gewang mula menghampiri tebing ia berpatah kembali sampai naik lengguh tangan melontar gewang sekor pun tidak sudi menjamah gewang .

Pelbagai keadah mengilat telah dicuba namum masih belum mendatang hasil seperti di harapkan . Bosan dengan karenah sang toman saya menukar kepada penggunaan umpan keli hidup dengan mencangkuk umpan keli pada mata kail tunggal kira-kira 2 inci dari bahagian kepalanya tanpa menggunakan batu ladung , saya menunggu saat toman timbul menggambil udara di permukaan . Ketika sekor toman timbul di permukaan tanpa membuang masa saya melontar umpan pada jarak tiga meter dari tempat dia timbul dengan sedikit karuan bergitu pantas umpan keli dikesan sang toman butiran buih-buih kecil mulai timbul dipermukaan saya membiarkan ianya seketika agak-agak toman mula menelan umpan satu sentapan padu dilakukan maka bermulalah satu pertarungan sengit.



Keadaan dasar tasik yang berlumut tebal memberi kelebihan pada sang toman menyusup kedalamnya namum dengan berinsuran perambut kejutan berkuatan 30lb dan tali sulam 20 paun pertarungan hanya menggambil masa kira-kira 10 minit lalu terkulai lah sekor toman anggaran seberat 7 kg sebagai hasil pembuka tirai.


Nampaknya toman disini amat menggemari ikan keli sebagai umpan berbanding aksi-aksi dari ikan tiruan , Gewang-gewang ternama yang dianggap killer buat merangsang nasfu pembunuh pemangsa langsung tidak memdatangkan kesan seperti yang diharapkan “kira bawa buat berat beban aje”.

Pada misi pertama sahaja dalam masa kurang 2 jam terakhir kami memperolehi kejayaan menewaskan 6 ekor toman dalam perbagai saiz di antara 3 hingga 7 kg hanya menggunakan keadah casting berumpankan keli itu tidak termasuk toman yang berjaya memutuskan perambut berkekuatan sehingga 40 paun, melurus malah mampu mematahkan singel hook begitulah hebatnya asakan toman-toman disini.

Bagaimana caranya kami mengaplikasikan keadah casting berumpan keli ini?. Ia hanyalah berdasarkan penggalaman kami berkemungkinan besar hanya berkesan terhadap toman jinak yang tidak bersekolah di ‘spot’ sebegini senario mungkin cukup berbeza di lapangan pancing lain yang telah menggalami tahap pancingan tinggi.

Caranya bergitu mudah dan amat ringkas kami hanya perlu mengcangkuk singel hook pada bahagian tengah umpan keli hidup tanpa perlu menggunakan permabut dawai sekadar mata kail terus dilekatkan terus pada cili (klip) bersaiz agak kasar dan bersedialah melontar umpan bila sang toman mula timbul memunculkan diri.

Lontaran umpam keli berhampiran toman timbul dalam zon sambaranya sering memdatangkan sifat ingin tahu pemangsa naluri pembunuhnya cukup terserlah apa bila lenggokkan semula jadi si keli terus di terkam tanpa ragu.

Walaupun meriah dengan umpan keli sentiasa di ragut sang toman namum pertarungan sebenarnya tidaklah semudah di jangkakan apatah lagi bila sang badong toman yang mengena. Cabaran berupa halangan semula jadi seperti lumut yang bagaikan hamparan permaidani amat tebal di dasar serta stuktur tunggul-tunggul kayu mati juga bertaburan ditengah tasik cukup menguji tahap kemahiran kami.

Justeru penggunaan set pancing yang agak kasar diperlukan sekurang-kurangnya set 20 paun dengan perambut berkekuatan 40 paun memadai berdepan cabaran toman dengan tektik kotornya serta mampu mengelak dari berputih mata.

Tektik melontar ketika toman timbul amat efektif berbanding cara meremdam keli, umpan yang direndam sering memimbulkan masalah kerana ia turut menarik minat sang kura-kura yang entah dari mana asalnya jumlahnya cukup banyak hingga ada kalanya gewang pun turut cuba dibedalnya.

Kebiasaan keli yang di lontar jika tidak disambar toman harus dikarau kembali dengan pantas sebelum sempat dicukai makluk bercengkerang keras yang rupanya cukup pantas ketika berada dalam air. Ikan keli pula perlu sentiasa segar jika dah mati sorrilah buat penat melontar aje… cukup memilih toman disini.

Selain toman populasi bujuk dan haruan cukup banyak bersembunyi di celah-celah rongga lumut tebal cuma sifat pemalunya amat sukar digoda bagi yang sabar mengayun katak ada juga bujuk atau haruan yang sudi menyambar si kodok,

Operasi ini dianggap amat sukses ternyata lubuk ini bergitu berpontesi untuk diduga, mana lagi nak cari ‘hot spot’ sehebat ini. Kejayaan kami mula menarik minat beberapa rakan lain untuk turut sama ingin beradu nasib ada yang sanggup datang sejauh lembah klang dan kuantan terpak salah pula saya menjadi guied kepada mereka.

Bergitulah istimewanya tasik ini walaupun toman-toman lebih bagak yang dikatakan memcecah dua digit tidak pernah pun memunculkan diri didepan kami namum banyak lagi potensi sebenar tasik ini yang belum kami bongkar atas situasi tidak mengizinkan.

Kemunculan kawanan sebarau dan jelawat bagak yang bergitu frenzy didepan mata mungkin ini pula sasaran kami kelak bila si ‘kepala ular’ mulai culas menyambar musuh tradisinya si keli.

3 ulasan:

  1. bro gua bleh masuk ka tempat tu.....

    BalasPadam
  2. kat tasek temerloh kan? nak mancing mcm ne? kena mintok kbnaran ke?

    BalasPadam
  3. Wow, your fishing skills are so nice! I need to read and learn from you!!!

    shaddockfishing

    BalasPadam